Wednesday, August 24, 2016

Hukum Berselfie Dalam Islam

Selfie merupakan hobi baru yang hadir pada era globalisasi yang serba moden ini bahkan selfie tidak lagi kenal peringkat umur sama tua, muda atau kanak-kanak.
Pertama sekali, apa itu SELFIE?
“Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu Self Potrait Photography”
Hensemkan bila Woody berselfie? (Image Google)
Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik gambar tersebut ke laman sosial. Selain itu, orang yang rajin selfie ini juga berharap agar gambarnya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya. Dalam islam hukum selfie memanglah tidak tertulis langsung dalam kitab Al-Quran mahupun As-sunnah. Macam pakai jam untuk tentukan waktu solat fardhu, hukum tajwid dalam Al-Quran, hukum berdakwah menggunakan media sosial seperti facebook, twitter dan hukum solat tarawikh boleh berjemaah. Semua itu tidak disebutkan dalam mana-mana hadith ataupun didalam Al-Quran sendiri namun dalam ajaran Islam terdapat beberapa hadith yang menerangkan tentang larangan tersebut misalnya bergambar. Dalam hadith yang dilarang adalah menggambar makhluk hidup yang bernyawa, sedangkan tumbuhan boleh digambar. Menurut murabbi ana, terdapat beberapa hadis mengenai larangan menggambar makhluk bernyawa.
Dari Ibnu, dia berkata, “Rasulullah Saw bersabda, ‘Barangsiapa menggambar suatu gambar dari sesuatu yang bernyawa di dunia, maka dia akan diminta untuk meniupkan ruh kepada gambarnya itu kelak di hari akhir, sedangkan dia tidak kuasa untuk meniupklannya” HR. Bukhari
Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya diantara manusia yang paling besar siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambar gambar-gambar yang bernyawa.” ( lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, bab Tashwiir ).
Hadis tersebut sudah jelas menerangkan adanya larangan menggambar makhluk yang bernyawa. Maksud dari erti kata menggambar dalam hadis tersebut adalah membuat seketsa gambar menggunakan tangan sendiri dengan bantuan alat dimana kita membuat seakan-akan dari gambar asli atau dengan membuat sendiri gambar tanpa meniru. Sebagai contoh adalah melukis makhluk bernyawa, menggambar makhluk hidup tanpa objek di komputer atau di album gambar.
Dalam konteks ini, gambar termasuk dalam kategori gambar, namun gambar tidak dibuat sendiri. Cara kerja gambar sama seperti cermin hanya saja hasilnya dalam bentuk cetak dan ini merupakan sebuah pantulan dari gambar aslinya jadi tidak sama dengan dilukis atau digambar.
Gambar atau selfie tidak dilarang dalam agama, bahkan jika dipublikasikan. Ada beberapa hal yang membuat gambar menjadi dilarang diantaranya adalah :
1. Gambar yang bertujuan untuk dipamerkan.
2. Gambar yang bertujuan untuk merugikan orang lain.
3. Gambar yang bertujuan untuk menyakiti diri sendiri dan orang lain.
4. Gambar bertujuan untuk nafsu belaka.
5. Gambar yang bertujuan untuk mengadu domba dan membocorkan rahsia yang baik.
Pada hari ini, seperti yang kita lihat bahawa orang lebih gemar berselfie banyak meninggalkan perkara yang lazimnya menjadi kewajipan kepada diri kita setiap hari. Bagi ana, selfie ini adalah perbuatan yang sia-sia (lagha) dan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Paling banyak yang suka berselfie ni perempuanlah (bagi ana) Ada pepatah mengatakan, perempuan itu mempunyai 9 nafsu dan 1 aqal. Dalam Bahasa Melayu, nafsu mempunyai makna yang buruk. Kebiasaannya, ia dikaitkan dengan keinginan seksual. Akan tetapi, ana lebih suka merujuk makna perkataan tersebut yang berasal daripada Bahasa Arab.
Makna nafsu atau “nafs” (نفس) bukanlah menjurus kepada kecenderungan seks tetapi lebih kepada “diri, individu, wujud, atau zat” (Kamus Arab-Inggeris Al-Mwrd, boleh rujuk nanti)
Kata akar “selfie” adalah daripada “self” jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu juga membawa maksud “diri” betulkan?
Self (Inggeris) = نفس (Arab) = Diri (Melayu)
Jadi apabila dikatakan “Perempuan itu mempunyai 9 nafsu dan 1 aqal” ia bermakna perempuan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melihat“diri” Adakah ini membawa petanda yang buruk?
Imam al-Ghazali dalam catatan peribadinya, المنقذ من الضلال (Penyelamat daripada Kesesatan) menyatakan bahawa, sampai satu ketika, beliau hilang keyakinan kepada pancainderanya disebabkan pancaindera banyak sekali yang mengelirukan, walhal aqallah yang menguraikan kekeliruan tersebut. Contoh, matahari yang tampak pada penglihatan kita saiznya seperti duit syiling (menurut pancaindera), tetapi melalui ilmu falak dan matematik hakikatnya ia lebih besar daripada bumi (menurut aqal).
Sayangnya, kemudiannya Imam al-Ghazali mengalami krisis keyakinan kepada ilmu yang dimiliki oleh aqalnya sendiri. Katanya, andai pancaindera dapat dibuktikan salah oleh aqal, pasti akan ada unsur lain pada manusia yang dapat menafikan kebenaran aqal. Beliau berhujah dengan merujuk kepada “mata-hati” yang dimiliki oleh golongan sufi, suatu keadaan yang dinikmati oleh mereka yang telah mencapai darjat kerohanian yang tinggi.
Ehh, ni bab apa pulak ni? Okay sampai sini saja penulisan ana, maaf kalau ada salah penulisan atau termasuk bab lain pulak hahaha.. maaf ana memang tak pandai bab-bab menaip ni. First time hehehe.. okay sampai sini saja. Massalamah Wa Ilalliqa , Zaijian, Kutpai, Goodbye ☺
Sumber dari : https://medium.com/@kamasaliljasadi/hukum-berselfie-dalam-islam-e071b8ca0d3c#.ek3bd21fc